19 March 2008

Begahak Sungai Pahang

Laporan oleh: Arin (In Bahasa Malaysia)

Sudah hampir dua minggu saya mendengar tentang perkembangan musim Begahak di Sg Pahang. Cerita bermula bila Abg Zul menyatakan yang Begahak telah berjaya di pancing di kawasan Jambatan Bangau dan sekitar kawasan Lubuk Paku di daerah Temerloh dan Maran , Pahang. Hati makin bergelora bila kebanyakannya dinaikkan selalui method casting, cuma dari tebing sungai sahaja. Ada juga yang menyatakan setakat ini record yang berjaya dinaikkan adalah seberat 4kg hanya dari hasil acara casting tebingan ini.

Sebaik sahaja saya mendengar cerita tentang musim begahak ini, mulalah tangan terasa gatal teringin untuk mencubanya. Kejadian biasa yang sentiasa dilalui oleh kaki-kaki casting “hardcore” apabila mencapai tahap “jiwa kacau” mendengar cerita ikan yang sedang mengganas merembat gewang-gewang telah sekali lagi terjadi pada diri saya. Lantas persiapan diatur untuk menjejaki spesies ini.

Selebihnya ikutilah laporan bergambar dari kami.








4 comments:

  1. Sekiranya anda berminat untuk menyiarkan aktiviti pancing anda di Ruangan Sigap Utusan Msia. Anda boleh emailkan pengalaman pancing anda beserta gambar kepada rekreasi@utusan.com.my
    (attention to Halim)

    atau membawa kami (seorang atau dua) mengikuti aktiviti anda.

    ReplyDelete
  2. koi oghang temerloh2:53 PM

    Begahak ni sebenonye banyok kat sg.pahang beloh beloh daeroh temerloh dengan daeroh bera.

    ReplyDelete
  3. koi oghang temerloh2:55 PM

    Gohok ni sebnonye banyok di sungei pahang di daeroh temerloh dan bera

    ReplyDelete
  4. koi oghang temerloh3:01 PM

    Gohok ni sbnonye banyok di sungei pahang di daeroh temerloh,bera,maran.

    ReplyDelete