06 June 2008

Lai Lai Lai to Kakilai - Part 2

Report by Dolah (In Bahasa Malaysia)Kami sampai awal 7.30 pagi dah ada kat pintu Kakilai, gate pun tak bukak lagi. Terpaksa talipon Ah Thong. Lima minit dia pun sampai. Ayat pertama dari Ah Thong..." Tak tau cikgu, nyok-nyok nak makan ka tidak..." Semasa berjalan keliling kolam ternampak beberapa ekor GT sedang berenang lemah, kulit badan macam berpenyakit. Ah Thong memang sedang susah hati...kalau ikan tak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan air...mau mati semua. Rugi berbelas ribu katanya.

Saya yang memang dari awal mengharapkan spoon...balingan beberapa kali tiada sambutan. Tiba-tiba Takin dikejutkan dengan satu letupan betul-betul dihujung kaki...lain macam cara tarikan...HEAD SHAKE! Sah GT...Lure X-Rap SB 8cm. Lama juga perlawanan. Ingatkan GT kolam lemah, kuat semacam saja. Macam GT kat laut pulak. Ikan diangkat naik dan sepantas itu juga dilepaskan setelah diambil gambar.

Selang beberapa minit sekali lagi Takin dikejutkan, kes sama...ikan menyambar di gigi air. Pelik la pulak, apapasal makan kat gigi air. Saya yang berada agak jauh cepat-cepat mengarau lure supaya dapat mengambil gambar Takin, lure saya pulak yang kena betul-betul digigi air juga...hahaha, double hook-up. Lure Fat Rap Silver Blue. Seronoknya, kami berdua saja kat situ. Disebabkan kedua-dua kami digasak ikan maka kedua-dua ikan dilepaskan kembali tanpa mengambil gambar.


Aksi-aksi berikutnya menyaksikan banyak kejutan-kejutan dan letupan-letupan digigi air menyebabkan tali putus, klip terkangkang dan mata kail terbuka...

....pergilah, sebelum ikan di gasak oleh orang lain! Setakat pukul sebelas saya dan Takin hanya dapat menaikkan seorang tiga ekor sahaja. Jumlah strike memang tinggi. Terpaksa balik awal...Jumaat la abang!

No comments:

Post a Comment