19 January 2008

Menjejaki Siakap Merah Kuala Trong

Report by: Dolah (In Malay Language)

Inilah lawatan semula saya setelah hampir 3 tahun tidak kesini. Kuala Trong merupakan destinasi luar Pulau Pinang pertama saya setelah tempat sendiri sudah mula muram. Dulunya cara memancing saya di Kuala Trong berbeza namun berkat berkawan dengan banyak rakan maka banyaklah pengetahuan serta pengalaman ditimba. Memancing dasar memang terkenal disini namun bila berkesempatan maka casting ikan jemulung dipraktikan. Ada juga mencuba casting menggunakan lure tapi tidak pernah sekali pun mendatangkan hasil. Hanya ikan bulan saja yang dapat. Setelah sekian lama kesana sini memancing dengan LKG ada niat dihati nak datang semula mempraktikkan ilmu menggewang di Kuala Trong.



Impian terlaksana juga pada 19 Januari 2008 apabila Lannun mempelawa saya mengikutnya dengan ditemani Nasir. Fishing Guide yang terkenal di Selinsing. Ada juga cerita lucu dan kecoh pada awal perancangan kesini. Biarlah jadi pengajaran pada siapa yang KENA!
Dua buah bot ditempah. Lannun, Ayaak dan Nasir satu bot manakala saya, Takin dan Jackpot dibot yang lain.


Berdebar juga pada awal acara menggewang disini, boleh ke tidak dapat ikan. Risau juga melihatkan Nasir melontar rapat kearah reba-reba. Peluang sangkut memang tinggi. Pilihan lure pertama saya B'Freeze 78s Kiminago. Slow singking & swallow. Hanya tak sampai setengah jam Nasir sudah dapat satu strike. Melihat cara perlawanan nampak memang ganas. Nasir tidak memberi peluang langsung. Beliau menggunakan tali sulam 80lb dan leader 60lb double! Ikan berjaya didaratkan, ini sudah bagus. Berkobar-kobar semangat. Memandangkan jarak bot kami dengan bot Nasir agak rapat, beliau mencadangkan saya pindah kelubuk bertentangan.


Jadi boatman pening jugak. Mana nak kawal enjin, truster dan memilih posisi yang baik. Apa lagi kerenah kawan saya berdua yang asyik bagi sangkut gewang lagi. Aduhhh...pening! Macammana la aku nak pancing. Patut pun Lan dari awal lagi beritahu tak mau mendayung, dia nak pancing saja. Namun si bidan terjun Jackpot sedikit sebanyak membantu, tolong angkut sauh.


Hanya beberapa kali lontaran di lubuk kedua ini...bedababummmm! Nampak jelas kilasan ikan keluar dari bawah reba, respon dari mesin spinning agak lewat namun sempat menghela ikan keluar. Perlawanan Siakap Merah memang ganas, bukan masa nak melayan. Jackpot sendiri nampak terperanjat melihatkan cara saya melawan. Ikan terus menerus menghenjut kebawah walaupun sudah dekat dengan bot. Sauk( bukan sauh )yang dibawa agak kecil, susah juga nak menyauk. Akhirnya dapat juga disauk oleh Jackpot. Fuhhhh...siakap pertama saya di Kuala Trong menggunakan gewang! Lewat petang ada Nasir beritahu saya kalau dari awal ada respon kemungkinan mendaratkan ikan sepanjang hari memang tinggi.


Dan memang betullah seperti jangkaan beliau. Memang menjadi kami hari itu. Kadar strike memang tinggi namun nak mendaratkannya 50/50. Banyak kejadian lucut samada tersangkut, mata kail terkangkang atau putus. Hampir setiap lubuk yang dilawati ada saja rentapan. Semua lubuk yang menjadi pilihan Nasir adalah kuala sungai, pilih bahagian air yang dalam di setiap kuala. Lontar gewang serapat yang boleh dengan reba. Pesan beliau lagi karau perlahan-lahan. Dan dari pengalaman hari itu, kalau ada rentapan samada dapat didaratkan atau tidak, teruskan menggewang disitu. Berlaku pada saya sendiri tiga kali rentapan sehingga terbuka mata kail namun balingan seterusnya barulah dapat didaratkan.


Takin memang cepat memerhati, melihatkan saya menggunakan natural colour beliau dengan segera menukar ke Megabass Zonk Metallic. Lontaran berikutnya keatas reba disambar ikan pada separuh perjalanan. Menariknya cara sambaran SM ialah sambaranya boleh berlaku bila-bila masa sahaja dari mula gewang jatuh dipermukaan air sehinggalah gewang rapat ke bot. Sambaran ganasnya menyebabkan kita pulak selalunya tidak dapat mengawal keadaan. Nak mengayuh reel pun kadang kala kelam kabut jadinya, lengkungan rod pulak takut melihatnya, macam nak patah! Dengan mysetup yang ganas pun kadang kala tak yakin jadinya.

Namun acara sebelah petang kurang menjadi. Hanya sekali sahaja rentapan ganas berlaku pada Takin. Semua terkejut. Sekelip mata sahaja semuanya lesap, ikan bersama dengan Zonk! Itulah ucapan terakhir dari Zonk....blup..blup...blup.






6 comments:

  1. Anonymous3:19 PM

    Lousy post!

    ReplyDelete
  2. @ Lousy post - by Anonymous

    Please be man enough (or woman enough) and share / state your reasons. There's nothing much we can improve on by comments such as this.

    ReplyDelete
  3. wah, nice one...

    ReplyDelete
  4. Anonymous5:20 PM

    Anonymous yg atas tu jeles la tu...pasal dia mane reti mancen...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi...
      M thinking of trying out kuala trong's mangrove jacks. Can anybody recommend me a good tekong?

      Delete
  5. Hi..
    Nice shots..
    Im thinking of trying out kuala trong's mangrove jacks. Can somebody reccommend me a good teking.?

    ReplyDelete